Saturday 28 December 2013

#160 3 idiot

Bismillahirrahmanirrahim.

Sempena cuti sekolah yang indah dan sering kite tertunggu-tunggu ni (cis padahal cuti dah nak habis bro) , aku telah menghadiri beberape buah kenduri kahwin. Bagi sape-sape yang tak tahu kenduri kahwin tu ape, ha kenduri kahwin adelah satu majlis dimane saudare-mare, rakan taulan, keluarge semue meraikan pengantin baru yang baru lepas nikah, sah jadi suami isteri. Pakej lengkap berjumpa dengan pengantin, ambik gambo dengan diorang dan upload kat facebook or instagram or sewaktu dengannya. Oh dan tak lupa juga jamuan makan-makan yang terbaik dari ladang ! Alhamdulillah dan tahniah semua pengantin yang telah aku lahapkan segala hidangan makanan kenduri u'olls. Kehkehkeh.

Aku pon dah tak ingat berape buah kenduri yang aku tetamukan (bahasa apa ni munira oi) sepanjang cuti sekolah dewasa aku ni. Dan hasilnya Alhamdulillah memuaskan kerana tiada keracunan makanan yang melande diri aku dan keluarga. Kenduri kahwin kat bandar, masakan sedap. Kat felda pon sedap. Kat kampung pon sodap jugak. Terima kasih kepade tukang masak dan catering-catering sekalian. Eh dah kenape kan aku punye entri ni nak ceghita semua benda ni. Sebok hal kenduri orang je kan. Hahaa.

Seronok sebenarnye kenduri kendara ni. Disamping menjamu selera, aku dapat tengok telatah orang ramai time kenduri ni. Yang bawak anak kecik kompom dah dengan kepayahan time nak makan. Kena lah bergilir pulak dengan suami atau rakan sekeliling. Kalau yang anak-anak muda pulak, yang lelaki lah selalunya datang dengan penuh gaya, siap dengan spek mata hitam bagai. Kalau yang perempuan, zaman sekarang kan fesyen berbagai-bagai, hah siap bercolour blocking katenye. Hot lah anak-anak muda yang datang kenduri kan kononnya. kehkeh. 

Kenduri rumah sedare, aku jadi pengapit pengantin. Hamboi bidan terjun kan. Pengapit pengantin lelaki pulak, adik lelaki aku. Ok lah ceghite sikit pengalaman atas pelamin sebagai pengapit, oh no memang aku taktau nak senyum atau buat muka selambe tanpa melayan orang sekeliling yang tengah ambik gambar. hahaa. Ok itu sahaje yang dapat aku ceritekan tentang pengalaman jadi pengapit. Sekejap je pon jadi pengapit nye. Last-last nye dapat makan sebelah pengantin, makanan yang special kononnya sambil menyebok kat dalam setiap gambar pengantin. Hah rase special tak? LOL

Dah tu, apebende yang aku bubuh tajuk 3 idiot nye?

Ok tadi aku telah menghadiri kenduri cikgu sekolah menengah aku yang berkahwin dengan senior sekolah menengah aku dulu. Cikgu aku tu, antare kesah yang aku ingat adalah, die salah seorang guru pengiring time aku pegi kejohanan olahraga time form 5. Tambahan pula, dia orang kampung aku jugak merangkap bekas anak murid ayah aku waktu sekolah rendah. So, aku jumpe lah cikgu-cikgu sekolah menengah aku dulu. Dan juge rakan-rakan semase sekolah rendah.

Dah ape kesah 3 idiot aku?

Tadi aku pergi kenduri menaiki motosikal yamaha ego. Aku kire macam konvoi lah dengan mak and adik aku kan. Cewah konvoi dalam felda je. Hahaa. Kau rase senang ke naik moto pakai kain. Nasib baik baju kurung, kalau kain batik? Memang tak lah kan aku nak naik motor pakai kain batik. Hah, kesahnye, time aku on the way ke kenduri tu, aku follow mak aku lah dari belakang. Tetibe gua rase ala-ala awek cerite 3 IDIOT lah kan, naik skuter, silap gua tak pakai baju pengantin je time tu. Kahkah. Dah pulak tu gua senyum sorang sambil bawak motor tu. Bukan ape, teringat cerite tu je sebenarnye. Ha tu je lah kesahnye. Saje gua kasi tajuk entri macam tu. LOL.

Goodbye.

........................................................................................................................................

p/s : Kepade makcik pakcik abang kakak adik adik rakan sebaye dan semue, senyum-senyum lah sikit time jumpe, ni tadi aku bertembung dgn makcik tu, aku senyum die tak balas pon. Cehh padahal sebenarnye aku senyum time bawak motor sambil teringat awek skuter 3 IDIOT tu. hahaa. Ok makcik, sorry kthankzbye :D

yang teringat awek 3 IDIOT,
Munira Anuar.
 
 


Tuesday 24 December 2013

#159

Bismillahirrahmanirrahim.

Dia umpama keluarga,
bila mana gembiranya dia,
alhamdulillah jua aku.

Adakala sedihnya dia,
terdetik juga aku,
berdoa hati hamba,
meminta.

Yang Kuasa ada,
Dia maha dengar segala.

Keluarga dia,
itu nyawanya,
diingatan aku jua,
susah mereka,
tersentuh sama,
dijiwa.

Moga Allah melindungi dia, serta yang disayanginya.
Moga CAHAYA ALLAH buat keluarga dia.



24th December 2013
Munira Anuar